Serlahkan lah kecantikanmu bersama produk MaryKay yang dapat memberikan kulit wajah yang lebih cantik secara sihat, berseri & awet muda.Saya juga menyediakan Kelas penjagaan kulit & kelas makeup secara PERCUMA. Hubungi saya Independent Beauty Consultant Mary Kay;0143548344
Kulit tampak lebih licin, lebih tegang, & lebih muda
FAEDAH DAN PERAKUAN
Wanita yang menggunakan TimeWise® Moisture Renewing Gel Mask sebagai masker tidur dalam satu kajian pengguna secara mendalam * amat bersetuju bahawa ia bukan sahaja menambah baik penampilan keseluruhan kulit mereka, malah turut menjanakan faedah pembaharuan kulit yang berikut:
100% mengatakan ia membantu kulit kelihatan lebih licin
98% mengatakan keanjalan kulit mereka dipertingkatkan
93% mengatakan kulit mereka berasa lebih tegang
90% mengatakan kulit mereka kelihatan lebih muda
87% mengatakan ia membantu mengurangkan garis halus
84% mengatakan kulit mereka dihidratkan serta-merta *Keputusan yang dilaporkan dalam satu kajian pengguna secara bebas selama dua minggu
PELANGGAN SASARAN
Wanita yang berminat dengan faedah penentang usia di muka dan menyuburkan kulit dalam formula gel mewah
Wanita yang sedang menggunakan produk penjagaan kulit TimeWise® dan sedang mencari suatu dimensi baru untuk ditambahkan pada rejimen mereka
Pengguna masker semasa yang ingin menambahkan faedah penentang usia terkini dalam rutin pemakaian masker mereka.
Wanita yang inginkan satu paras penghidratan tambahan dalam rejimen penjagaan kulit mereka
Wanita yang inginkan paras belaian tambahan dalam rejimen penjagaan kulit mereka
Wanita yang sedang mencari produk penjagaan kulit yang “terkini dan terhebat” untuk membantu mereka kelihatan muda dan berasa muda
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
Masker gel yang segera menghidratkan ini dirumus untuk menyuburkan kulit mereka yang kehilangan lembapan dengan menggunakan kombinasi ramuan semula jadi yang berkhasiat.
Dirumus untuk menarik dan mengekalkan lembapan. Formula canggih ini mengandungi natrium hialuronat, yang berkait rapat dengan asid hialuronik. Ia bertindak seperti span di kulit anda — membantu menarik lembapan vital supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan.
Dirumus untuk membantu menyeimbangkan paras lembapan. Gliserin sumber tumbuhan dalam formula ini bertindak sebagai humektan, menarik lembapan kepada kulit.
Dirumus untuk membantu menegang dan menenangkan kulit serta memperkuat fungsi perintang kulit. Formula ini mengandungi ekstrak biji berangan yang dikatakan mempunyai faedah menegang dan menenangkan kulit, dan dipercayai dapat membantu memperkuat fungsi perintang kulit. Ia juga mengandungi niasinamida, salah satu daripada dua bentuk utama vitamin B3, dan dikenal pasti secara saintifik dapat memperkuat perintang kulit.
Dirumus dengan antioksidan kuasa terbesar. Ekstrak acai berry yang digunakan dalam formula ini begitu inovatif dan sedang menunggu paten untuk digunakan dalam produk kosmetik. Acai berry dilaporkan dapat meneutralkan radikal bebas pada kadar potensi 80 kali lebih kuat berbanding Teh Hijau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Borgata Hotel Casino & Spa in Atlantic City - Mapyro
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino 인천광역 출장마사지 & Spa locations, 제천 출장마사지 rates, 강릉 출장마사지 amenities: expert Atlantic City research, only 경주 출장마사지 at Hotel and 동해 출장마사지 Travel Index.